13 April 2009

Takwa Dan Peringkat-Peringkatnya



Ketahuilah, wahai Saudaraku, bahawa yang paling layak diutamakan dalam berwasiat (berpesan), adalah wasiat tentang takwa kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Bijaksana. Maka dengan ini, saya berwasiat kepada anda dan kepada diri saya sendiri, serta segenap orang yang beriman dan kaum muslimin semuanya, agar bertakqa kepada Allah Rabbul-'Alamin, kerana takwa merupakan usaha perjalan terpenting yang menghasilkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Takwa pula merupakan dasar asas pengukuh tiang-tiang agama. Kerana, tanpa asas yang kukuh, sesuatu bangunan akan lebih cenderung mengalami kehancuran daripada kesempurnaan.
Adapun takwa itu sendiri boleh dikategorikan pada beberapa peringkat:

1. Menjauhi segala perbuatan maksiat dan segala yang diharamkan dalam agama. Yang demikian itu merupakan suatu kewajipan yang tidak boleh tidak.

2. Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat (yang diragui haram dan halalnya). Hal ini merupakan sikap kewaspadaan yang akan melindungi pelakunya dari terjerumus ke dalam sesuatu yang haram.

3. Menghindari hal-hal yang berlebihan dan yang tidak perlu, di antara yang mubah (yang dibolehkan, tidak diperintahkan dan tidak pula dilarang agama) demi memuaskan hawa nafsu semata-mata. Penghindaran diri seperti ini termasuk kategori 'zuhud yang mendalam' di mana sepanjang perlaksanaannya disertai kerelaan dan kepuasan hati sepenuhnya; atau tazahhud (yakni zuhud tingkat bawah yang dipaksakan atas diri sendiri) di mana sepanjang perlaksanaannya masih disertai dengan perasaan enggan dan berat hati, kerana terpaksa melawan hawa nafsu. Kerananya, sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana takut kepada manusia atau mengharapkan sesuatu yang ada pada mereka, maka pada hakikatnya dia hanya bertakwa kepada mereka dan bukan bertakwa kepada Allah. Sedangkan yang benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T. adalah yang melakukannya semata-mata mengharapkan keredhaan-Nyz, menginginkan pahala-Nya dan takut akan seksa-Nya.

Allahu 'A'lam.

Sumber: Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan